Polisi Privasi Laman Web Print Heaven

Laman web ini dikendalikan oleh Universal Learning Management Consultant.

Dasar Privasi Print Heaven Sdn Bhd. ini menerangkan maklumat yang mungkin kami kumpul daripada anda dan bagaimana cara kami mendapatkannya.

Penggunaan laman web ini oleh anda menunjukkan bahawa anda telah menerima dasar privasi ini. Dasar privasi ini tidak meliputi pautan ke laman web lain yang mungkin wujud di dalam laman web Print Heaven Sdn Bhd.

Kami hanya mengumpul maklumat yang anda berikan di laman web ini.

Kami menggunakan “cookies”, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan laman web, untuk meningkatkan pengalaman pengguna di laman web ini. “Cookies” adalah fail yang dapat mengenal pasti komputer anda sebagai pengguna unik dan data yang disimpan oleh pelayar anda pada pemacu keras komputer anda. “Cookies” hanya boleh memberitahu kami bahawa anda adalah pelawat yang sama yang sebelum ini pernah melawat laman web kami; ia tidak boleh memberitahu kami siapa anda atau di mana anda berada.

Maklumat peribadi anda hanya digunakan oleh Print Heaven Sdn Bhd. dan syarikat-syarikat sekutunya dalam ASL Development Group (M) Sdn Bhd. Ia tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak ketiga.

Jika anda ingin berhenti melanggan kepada mana-mana surat berita dalam talian kami (online newsletter) serta promosi produk kami, sila klik butang berhenti melanggan atau hubungi kami di:

Print Heaven Sdn Bhd.

Alamat: E031, Jalan 6, Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia
E-mel: icare@printheaven.my
Tel: +603 8706 1490

Untuk terma dan syarat-syarat operasi penuh kami sila klik Terma dan Syarat ini.

Kami mungkin perlu mengubah Dasar Privasi kami bagi merangkumi mana-mana ciri-ciri baru dalam laman web kami. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini. Dasar ini telah dicipta pada 20 Disember 2016.