FAQ

Segala Persoalan Anda Kami Jawab

Pembayaran

Q: Bagaimanakah cara membuat pembayaran?
A: Pembayaran boleh dibuat melalui Tunai, Cek, atau Bank-In/Online Banking/Interbank Transfer.Berikut adalah maklumat akaun bank Print Heaven;

Nama Syarikat: Print Heaven
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5628 3463 1338
E-mel: account@printheaven.my

Q: Adakah saya perlu menunjukkan bukti pembayaran?
A: Ya. Anda perlu menunjukkan bukti pembayaran dengan menghantar e-mel serta butiran pembayaran pada account@printheaven.my
Q: Ada pembayaran secara deposit?

A: Untuk setiap tempahan, kami hanya akan memulakan produksi setelah menerima deposit minima sebanyak 50%. Untuk tempahan khas kerajaan, korporat, swasta atau pembayaran melalui Letter Order (L.O.), sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Q: Boleh refund semula deposit?

A: Deposit tidak akan dikembalikan setelah kerja design & cetakan dijalankan.

Penghantaran

Q: Saya tinggal di luar kawasan Sepang, bolehkah Print Heaven menghantar tempahan saya ke tempat saya?

A: Ya boleh. Kami menggunakan khidmat kurier tempatan dengan kadar harga yang berpatutan.

Q: Bagaimana denga penghantaran di luar kawasan Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya?
A: Untuk tempahan luar dari kawasan ini, kami menggunakan khidmat kurier tempatan dengan kadar harga yang berpatutan.
Q: Bagi Sabah, Sarawak dan luar negara pula?

A: Bagi Sabah, Sarawak & luar negara pula, kami menggunakan kurier tempatan atau airmail dengan kadar harga yang berpatutan.

Design

Q: Saya tidak mempunyai design sendiri. Boleh Print Heaven designkan? Berapa bayarannya?

A: Boleh. Sila e-mel kami di icare@printheaven.my untuk maklumat lanjut mengenai servis design dan bayaran.

Q: Bagaimana pula jika saya tiada design sendiri tapi saya ada idea untuk design yang saya mahukan. Bagaimana pula dengan bayarannya?

A: Boleh. Sila e-mel kami di icare@printheaven.my untuk maklumat lanjut mengenai servis design dan bayaran.

Q: Saya mempunyai design sendiri, bagaimanakah cara untuk menghantar design kepada Print Heaven?

A: Anda boleh menghantar design anda ke design@printheaven.my. Pastikan anda menggunakan saiz yang tepat mengikut spesifikasi yang anda produk yang anda inginkan. Kami menggunakan template standard industri di Malaysia. Anda boleh e-mel kami di icare@printheaven.my untuk maklumat lanjut.

Q: Bagaimana saya boleh lihat hasil design yang saya minta?

A: Hasil design anda akan dihantar untuk disemak melalui E-mel, Whatsapp atau anda sendiri boleh datang ke premis kami untuk menyemak hasil design (hardcopy).

Q: Berapa kali design saya boleh diubah? Kalau lebih, berapa bayarannya?

A: Kami hanya menerima 3 kali “design improvement”. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM 60 sejam jika “design improvement” dilakukan melebihi 3 kali.

Tempoh Masa Siap

Q: Berapa lamakah proses untuk sesuatu order disiapkan?

A: Tempahan biasa akan mengambil masa 1 minggu untuk disiapkan.

Q: Adakah Print Heaven menerima "Urgent Order"? Ada bayaran tambahan?

A: Urgent Printing Expert, itu kepakaran kami. Kami sedia terima “Urgent Order” anda. Bayaran tambahan akan dikenakan mengikut jenis tempahan dan kuantiti tempahan. Sila e-mel kami di icare@printheaven.my untuk maklumat lanjut.